Warisan Sulla Lucius_Cornelius_Sulla

Sungguhpun undang-undang Sulla berkaitan dengan kelulusan bagi kemasukan ke Senat Rom, pembaharuan sistem perundangan dan peraturan jawatan gabenor, antara lain kekal pada statut Rom lama sehingga Principate, sementara sesetengah perundangannya dibatalkan kurang dari satu dekad selepas kematiannya. Kuasa pembatal veto bagi tribuna dan kuasa perundangan mereka dipulihkan, ironiknya yang semasa pemerintahan konsol Pompey dan Crassus. Bagaimanapun, Sulla gagal merangka penyelesaian di mana tentera (berikutan pembentukan semula oleh Marian membenarkan tentera dikalangan bukan pemilik tanah) kekal taat pada Senat dan bukannya pada Jeneral seperti dirinya. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa dia sedar mengenai bahanya itu. Dia ada meluluskan undang-undang bagi menghadkan tindakan para jeneral di jajahan mereka (undang-undang yang kekal dikuat-kuasakan lama pada tempoh kemaharajaan), bagaimanapun, ia tidak menghalang jeneral yang bertekad seperti Pompey dan Julius Caesar dari menggunakan tentera mereka bagi cita-cita peribadi menentang Senat. Ini menonjolkan kelemahan Senat pada lewat tempoh republik dan ketidakupayaannya mengawal ahli paling bercita-cita tinggi.

Sulla pada umumnya dilihat menjadi contoh yang mendorong Caesar melintasi Rubicon, dan juga yang akhirnya memberikan inspirasi pada Caesar sebagai Ditaktor. Cicero mengulas bahawa Pompey pernah berkata "Sekiranya Sulla boleh, mengapa tidak saya?.[25] Contoh Sulla membuktikan bahawa ia dapat dilakukan, dan dengan itu memberi inspirasi kepada orang lain untum mencubanya; dan dari segi ini, dia dilihat sebagai satu lagi langkah kearah kejatuhan Republik.

Keturunan Sulla terus menonjol dalam politik Rom sehingga tempoh kemaharajaan. Anaknya, Faustus Cornelius Sulla mengeluarkan denarii memiliki nama ditaktor, sebagaimana seorang cucunya, Quintus Pompeius Rufus. Keturunannya dikalangan Cornelii Sullae akan memegang empat jawatan konsol semasa tempoh kemaharajaan: Lucius Cornelius Sulla pada tahun 5 BC, Faustus Cornelius Sulla pada tahun AD 31, Lucius Cornelius Sulla Felix pada tahun AD 33, dan Faustus Cornelius Sulla Felix (anak pada konsol 31) pada tahun AD 52. Yang kemudian merupakan suami Claudia Antonia, anak maharaja Claudius. Pembunuhannya pada tahun AD 62 di atas arahan maharaja Nero menjadikan dirinya waris yang terakhir bagi Cornelii Sullae.

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...